Tentu anda pernah mengalaminya! Namun apakah anda kerap mengalaminya??
Sakit Kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan kita. Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua diantara kita mengalaminya. Walaupun ia tidak serius, ia MENYAKITKAN dan MENGGANGU aktiviti harian kita!! Sebanyak 60 peratus daripada pesakit yang mengidapi sakit kepala mengalami sama ada MIGRAIN atau TENSION HEADACHE.
Ciri-Ciri Sakit Kepala Jenis Migrain
· Sakit kepala yang berlarutan dari empat hingga ke 72 jam
· Ia mempunyai dua daripada ciri-ciri di bawah iaitu:-
- Melibatkan sebelah kepala
- Berdenyut-denyut
- Intensiti yang sederhana atau teruk ( yang boleh mengurangkan aktiviti seharian )
- Menjadi lebih teruk semasa berjalan, memanjat tangga
· Semasa berlakunya sakit kepala, terdapat salah satu daripada ciri-ciri seperti :-
- Loya atau muntah-muntah
- Fotofobia (Cahaya atau sinaran atau bunyi menyebabkan kesakitan bertambah)
MENGAPA SAKIT KEPALA ????
Berikut adalah sebab-sebab yang merangsang sakit kepala:
· Tekanan ( Tension Headache )
· Kemurungan
· Migraine ( Penyempitan salur darah )
· Penyakit serta ketegangan dalam mata
· Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak
· Kejang Otot
· Kecederaan Kepala dan Tengkuk / Leher
· Angin Ahmar
· Jangkitan dalam Otak, Ketumbuhan dalam Otak (Brain Tumor )
· Tekanan Darah Tinggi
· Pengambilan dadah dan racun
· Pemakanan yang tidak sihat
· Mengambil kafein secara berlebihan
· Perokok Tegar
· Insomnia
· Pekerjaan yang memenatkan
· Tidak melakukan senaman
· Kelaparan
· Perubahan Hormone (sebelum atau selepas haid)
· Persekitaran yang sesak
No comments:
Post a Comment