# Berfikiran positif
Katakan pada diri sendiri ‘saya boleh lakukannya’. Percaya bahawa anda boleh membuat perubahan positif dalam hidup.
# Buat sasaran realistik.
Mulakan senaman dengan berjalan cepat selama 10 hingga 15 minit sehari
· Bagi yang mahu mengurangkan berat badan, jangan mengharapkan berat badan turun mendadak selepas seminggu bersenam. Simpanan lemak adalah tenaga paling sukar dibakar, tetapi ia berkurangan melalui senaman teratur dan kerap. Jangan terlalu risau jika berat anda berkurang dengan perlahan kerana senaman memperbaiki bentuk badan secara keseluruhan.
# Banyakkan bergerak setiap hari
Setiap pergerakan memberi sumbangan kepada kesihatan. Justeru, anda perlu bijak menjadi lebih aktif seperti menaiki tangga dan banyakkan berjalan di dalam pejabat.
# Selang-selikan senaman kardio
Contoh berjalan cepat, berbasikal, bermain badminton, senamrobik atau jogging.
# Jika anda tidak boleh bersenam 30 minit sekali gus, pecahkan waktu senaman kepada dua atau tiga sesi
# Jika anda tidak boleh bersenam 30 minit sekali gus, pecahkan waktu senaman kepada dua atau tiga sesi
Kesannya masih sama seperti anda bersenam 30 minit secara berterusan.
# Bersenam mengikut kemampuan sendiri
Usah cuba menandingi orang lain kerana keupayaan dan tahap kesihatan setiap individu adalah berbeza. Berhenti bersenam jika anda tercungap-cungap, pening atau seolah –olah mahu muntah kerana ia menandakan anda bersenam keterlaluan. Senaman di ANGGAP MENCUKUPI JIKA ANDA BERASA MENGAH TETAPI MASIH BOLEH BERCAKAP.

# Pelbagaikan senaman anda dan lakukan aktiviti digemari.
Ini cara terbaik untuk mengekalkan senaman sebagai rutin harian selain memberi cabaran baru kepada badan
# Bersenam sambil mendengar muzik
Muzik membuatkan anda lebih bersemangat untuk bersenam. Menari mengikut alunan muzik juga antara senaman yang baik dan boleh dilakukan bersendirian di rumah. Tidak mengapa jika anda tidak pandai menari, asalkan ada pergerakan badan ia sudah memadai.

# Cari kawan jika boleh. Bersenam dengan kawan memang lebih menyeronokkan
Bagaimanapun, usah terlalu bergantung kepada jadual rakan. Lakukan sendiri jika kawan tidak dapat menemani anda.
# Buat catatan hasil atau perkembangan anda.
Catatan ini boleh dalam bentuk ukuran saiz badan atau timbangan berat.
kak shima
No comments:
Post a Comment