Saturday, June 11, 2011

stay fit


Anda perlu mengubah sedikit gaya hidup dengan menjadi lebih aktif dan memasukkan senaman ke dalam aktiviti harian.

Usah lagi memberi alasan tiada masa untuk bersenam kerana semua orang diberi masa iaitu  24 Jam sehari.  Alasan letih juga tidak boleh dipakai lagi kerana sedikit senaman boleh mengembalikan tenaga anda.  Malah, senaman yang dilakukan secara kerap membuatkan kita lebih cergas dan bertenaga.

Tidak kira berapa pun berat atau sebesar mana saiz badan anda, senaman yang dilakukan secara teratur memberi banyak manfaat kepada kita. Dengan usaha menjaga kesihatan, tiada istilah terlewat.

Kita tetap mendapat faedah senaman walaupun mengidap penyakit tertentu kerana sebarang aktiviti yang mengeluarkan peluh boleh meningkatkan tahap imun dan membantu kita mengawal penyakit dengan lebih baik.

Yang diperlukan sekarang ialah keinginan menjadi individu lebih sihat. Untuk mencapai impian itu, kita memerlukan kesungguhan dan azam kuat untuk berubah.

Memang diakui amat sukar untuk memulakan perubahan, tetapi anda perlu memulakanya sekarang.  Ingat, usah bertangguh kerana bertangguh menyebabkan semua rancangan tidak menjadi.

Sebagai permulaan, buat aktiviti ringan dengan berjalan pada waktu pagi sebelum pergi kerja. Berjalan di kawasan perumahan selama 10 hingga 15 minit setiap pagi sudah memadai dan apabila stamina bertambah, lanjutkan senaman kepada 20 hingga 20 minit sehari.

Jadi usah bertangguh lagi. Fikirkan bahawa senaman ini bukan hanya memberi manfaat kepada anda seorang kerana ibu bapa yang sihat dan cergas dapat menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga dengan lebih baik. .

kak shima

No comments:

Post a Comment