Tuesday, October 25, 2011

TURUN BERAT BADAN


Assalamualaikum kepada semua anggota kerja muslim dan muslimat. Bagaimana keadaan kesihatan anda di sepanjang  bulan puasa ni?  Semoga anda memperolehi kesihatan  yang baik  di bulan puasa ni. 
Bulan Ramadhan adalah masa yang terbaik bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan mereka.  Ini adalah kerana apabila seseorang itu berpuasa, maka kadar permakanan mereka akan sedikit terkawal tidak seperti hari-hari kebiasaannya.
Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti, bulan ramadhan adalah platform terbaik dalam membantu mereka menurunkan berat badan dengan cara yang sihat dan murah. Jika makanan yang diambil semasa bersahur dan berbuka dijaga dengan baik, secara tidak langsung  akan membantu menurunkan berat badan secara sihat tanpa sebarang risiko.
Penurunan berat badan dengan cara berpuasa di bulan Ramadhan adalah berbeza dengan amalan crash diet  atau cara diet untuk menurunkan berat badan lain seperti langsung tidak makan nasi tapi hanya meminum air saja. Risiko diet apabila tidak makan dalam tempoh yang terlalu lama, anda akan makan terlalu banyak dari kebiasaan selepas lama berlapar. 
Adalah menjadi satu kerugian dan tidak mendatangkan apa-apa hasil apabila  anda tidak makan dalam tempoh yang lama, tetapi kemudian makan dengan banyaknya.
Jelas disini, diet di bulan puasa adalah lebih seimbang kerana anda dapat makan  semasa bersahur dan juga berbuka  tapi masih dapat melakukan amalan diet.


kak mai