Berhenti
Merokok
Nasihat ini sangat mudah disebut tetapi sukar
diamalkan. Amalan merokok adalah 90 peratus (90%) penyebab penyakit kanser
paru-paru, kanser mulut, kanser esofagus, kanser pundi kencing, kanser buah
pinggang dan kanser pankreas.
Kurangkan Berat
Badan
Penyakit kanser uterin adalah berkemungkinan kerana
lemak yang berlebihan menyebabkan penambahan jumlah oestrogen dalam darah. Wanita yang
mempunyai berat badan melebihi 35% daripada berat badan normal,
terdedah kepada 55% risiko kanser rahim, kanser payu
dara, kanser serviks, kanser endometrium, kanser ovari dan kanser
hempedu.
Manakala lelaki yang mempunyai berat badan melebihi
35% daripada berat badan normal, terdedah kepada 40% risiko menghidap
kanser usus besar dan kanser prostat.
Lakukan Senaman
Apa yang perlu anda lakukan adalah aktiviti sederhana
sejam setiap hari seperti berkebun, menaiki tangga adalah aktiviti yang baik.
Senaman dapat membantu mencegah penyakit jantung dan
tulang, malah ia juga dapat mencegah dari terkena kanser. Melakukan
senaman yang ringan dengan kerap, berkemungkinan dapat membantu membuang
bahan kumuh dengan cepat daripada sistem pembuangan dan karsinogen (punca
kanser) yang mungkin terdapat dalam makanan.
Senaman juga boleh mengurangkan risiko kanser
payu dara dan kanser prostat, iaitu dengan bersenam, lemak di
badan akan berkurangan. Wanita yang bertugas memerlukan pergerakan seperti
berjalan dan mengangkat barang, kurang mengalami masalah ini.
Antara aktiviti baik yang boleh
anda lakukan secara sederhana selama sejam setiap hari adalah
seperti berkebun dan menaiki tangga.
Makan Sayur-sayuran dan Buah-buahan
Kompaun yang terdapat dalam
tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai psitokemia mempunyai keupayaan mencegah
kanser secara semula jadi. Serat dalam makanan bijirin, buah-buahan
dan sayur-sayuran bersatu dengan estrogen yang dapat membantu membuangkan
hormon dari saluran darah sekali gus mengurangkan risiko kanser.
Pengambilan
Teh
Kuasa pencegahan kanser dalam teh
datangnya daripada flavonoids, iaitu kompaun antipengoksidaan yang terdapat
dalam teh hijau dan hitam. Kajian yang dilakukan di Universiti Minnesota,
mendapati lebih 35,000 wanita yang telah putus haid dan
mengamalkan meminum dua atau tiga cawan teh sehari, 68% kurang
mendapat kanser saluran kencing, manakala 32% kurang mendapat kanser
saluran penghadaman daripada wanita yang tidak minum langsung.
Kurangkan Makan
Daging
Pakar mendapati ada sesetengah komponen daging yang
boleh menyebabkan anggota badan kita terdedah kepada karsinogen. Mereka
yang suka makan daging, risiko terdedah kepada kanser usus besar dan
kanser prostat adalah dua kali ganda berbanding dengan mereka yang tidak
mengambil daging. Oleh itu, kurangkan makan daging.
Begitu juga dengan cara kita memasak.
Suhu yang tinggi boleh menyebabkan karsinogen pada daging.
Seelok-eloknya panggang dulu daging dalam di dalam ketuhar
untuk beberapa minit bagi tujuan membuang airnya. Setelah itu
barulah panggang daging seperti biasa.
Jangan Minum
Alkohol
Bagi mereka yang minum alkohol terlalu banyak,
mempunyai risiko yang tinggi menghidap penyakit kanser hati, kanser
esofagus (terutama apabila mereka juga seorang perokok), kanser usus besar
(apabila mereka mempunyai paras asid folik yang rendah) dan kanser dubur.