Wednesday, September 21, 2011

STAY FIT & KEEP FIT


Kecergasan adalah keadaan yang sihat yang membolehkan individu melakukan aktiviti harian dengan bertenaga, mengambil bahagian dalam kepelbagaian aktiviti fizikal dan mengurangkan risiko masalah kesihatan.  Ia mempunyai komponen-komponen berikut :

 ·        Kekuatan – Keupayaan menghadapi tekanan

·        Stamina – Kemampuan yang berterusan

· Kemudahlenturan / Fleksibiliti – Kemampuan untuk bergerak dan membengkok dengan lancar

·   Koordinasi – Kemampuan untuk mengabungkan pelbagai pergerakan dan keseimbangan.


Untuk memperolehi dan mengekalkan kecergasan, ia memerlukan usaha yang berterusan dengan mengamalkan senanam yang berkala. Senaman dan aktiviti fizikal yang berkala boleh mengatasi masalah hilang upaya, meningkatkan keupayaan fungsi tubuh badan dan memberi keselesaan.  Keadaan ini boleh tercapai dengan melakukan frekuensi senaman, intensiti serta tempoh yang mencukupi.

kAK sHIMA