Friday, August 19, 2011

Tengani Tekanan Di Pejabat


Pekerja dan Majikan (BOSS) perlu saling faham-memahami dan tahu fungsi serta tanggungjawab masing-masing, supaya tekanan di tempat kerja dapat dikurangkan. Oleh kerana itu, semangat kerja berpasukan dan saling bantu-membantu dalam sesuatu organisasi memainkan peranan yang penting, bak kata  pepatah yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing. KALAU PEKERJA TIDAK PRODUKTIF,  BOSS  PULAK YANG MENDAPAT TEKANAN……………………..

DUNIA pekerjaan memberi pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan kerana satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja.

Biarpun STRES bukan satu penyakit KRONIK,  namun begitu, jika tekanan adalah tinggi dalam masa jangka panjang dan tidak dikawal , akan memberi impak negatif kepada diri sendiri dan  akan menjejaskan kesihatan dan kreativiti.

Mengikut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tekanan di Pejabat  dilabel sebagai PENYAKIT ABAD KE 20 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaporkan bahawa tekanan ialah EPIDEMIK DUNIA dan menjangkakan bahawa  TEKANAN DI TEMPAT KERJA  merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada semua Penyakit Utama di dunia iaitu PENYAKIT JANTUNG, KEMURUNGAN MELAMPAU, KEMALANGAN JALAN RAYA, STROK dan PENYAKIT PARU-PARU yang Kronik menjelang tahun 2020.

BAGAIMANA  UNTUK MENGURANGKAN TEKANAN DI PEJABAT ??
(Pelbagai cara boleh di gunakan, bergantung kepada diri anda. )

Bagi sesetengah individu bersukan atau bersenam boleh melegakan tekanan yang dihadapi namum bagi sesetengah orang pula meluah atau berkongsi cerita seseorang adalah cara terbaik untuk melegakan tekanan yang dihadapi.

`SEMUA INI BERGANTUNG KEPADA DIRI ANDA BAGAIMANA  DIRI ANDA  INGIN MELEPASKAN  PERASAAN INI!!!!”

Bercuti juga mampu memberikan kelegaan kepada diri anda kerana dapat melupakan seketika masalah yang dihadapi.

BAGAIMANAPUN PERLU DIINGAT BAHAWA `KEHIDUPAN YANG SIHAT ADALAH SESUATU CARA YANG PALING BAIK UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH TEKANAN ANDA’. 

Kak shima

No comments:

Post a Comment