Thursday, August 18, 2011

STRES DI TEMPAT KERJA!!!!


FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA STRES DI TEMPAT KERJA!!!!

  • Beban kerja yang tinggi atau terlalu kurang
  • Dibebani oleh tanggungjawab di luar keupayaan dan pengalaman anda
  • Menghadapi banyak rintangan yang tidak sepatutnya diselesaikan oleh anda
  • Tekanan dari segi masa dan tarikh luput kerja yang perlu disiapkan
  • Kurang kemampuan untuk mengikuti peredaran masa
  • Perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja
  • Kurang mendapat maklumat, nasihat dan sokongan yang bersesuaian
  • Tidak jelas tentang objektif yang hendak dicapai
  • Tidak jelas tentang kehendak ketua terhadap peranan anda
  • Dibebani dengan tanggungjawab terhadap orang bawahan, sumber kewangan dan peralatan
·       Tekanan perkembangan kerjaya seperti:
              - Dalam tempoh percubaan, kecewa dan jemu terhadap pekerjaan sekarang
               -  Kenaikan pangkat di luar kemampuan diri
               - Tidak jelas tentang perkembangan kerjaya pada masa akan datang
               - Tiada peluang kenaikan pangkat
               - Tiada jaminan pekerjaan
·       Tekanan daripada organisasi atau pelanggan seperti
               - Tekanan dari pihak atasan
              - Campurtangan terhadap bidang tugas
              - Tuntutan berlebihan daripada pelanggan
              - Gangguan terhadap perancangan kerja
              - Ganguan telefon

Apakah yang akan terjadi sekiranya anda tidak ambil berat masalah stress yang dihadapi ???

Dalam jangka masa panjang, stres boleh memberi kesan yang buruk kepada diri anda seperti :-


 

·       Mudah keletihan dan cepat penat
·       Kekecewaan
·       Hilang Semangat ( “ BURN OUT” )


Apa perlu anda lakukan untuk mengurang Stres tersebut ?

·       Anda perlu menerima kenyataan yang anda sedang mengalami STRES
·       Anda perlu kenalpasti punca yang menyebabkan anda STRES
·       Pelajari teknik dan kaedah pengurusan STRES.

kak shima

No comments:

Post a Comment