Wednesday, October 30, 2013

Tertib dan Doa Minum Air Zamzam

Oleh: mahmod


1. Berniat untuk kesembuhan / kebahagian
2. Berdiri
3. Menghadap ke Qiblat
4. Baca fatihah 1 kali
5. Baca selawat 1 kali seperti dalam solat
6. Minum 3 teguk @ 10ml – 50 ml x 3 kali

i) Tegukan 1 dan baca Alhamdulillah dan doa 1.
ii) Tegukan 2 dan baca Alhamdulillah dan doa 2.
iii) Tegukan 3 dan baca Alhamdulillah dan doa 3.
7. Baca doa

Contoh doa 1: Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepada Mu dengan sunnah rasulmu kurniakan kepadaku ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakitku, Amin.

Contoh doa 2: Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepada Mu dengan keberkatan sunnah Nabi mu afiatkan badanku, afiatkan pendengaranku dan afiatkan penglihatanku. Amin.

Contoh doa 3: Ya Allah, Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda: "Air Zam-Zam itu diminum mengikut apa yang diniatkan.

Maka itu aku bermohon kepada Mu dengan keberkatan sunnah Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam, afiatkan badanku, afiatkan pendengaranku dan afiatkan penglihatanku dan sehatkan seluruh anggota badanku. Aamin, Aamin Aaminnnnnnnn."
 


sumber:http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=9026

No comments:

Post a Comment