Saturday, December 15, 2012

Ucapan Syahadah Terbatal Mempercayai Tilikan Bomoh

Oleh Mohd Khairil Anwar Abdul Latif

Pegawai Penyelidik Jabatan Mufti Perlis

Usaha untuk menerangkan kepada ma­syarakat tentang isu-isu yang bersang­kutan dengan Akidah Islam dan perkara ­perkara yang membatalkan ucapan dua kalimah syahadah ialah usaha yang mesti dilakukan secara berterusan dan selama-lamanya.

Usaha ini mesti dimainkan dan dilaksanakan oleh pelbagai pi­hak, tidak hanya tertumpu kepada mereka yang bergelar ustaz sahaja, bahkan kepada mereka yang telah pun me­mahami akidah yang sahib ini juga mesti bertanggung­jawab untuk menyebarkannya.

Saya berasa sedih dan marah apabila membaca laporan akhbar Harlan Metro, Selasa 6 Mei 2008 melapor­kan di muka hadapannya berita yang bertajuk "Mangsa tilik bomoh", di mana empat beradik membelasah adik iparnya sendiri kerana mempercayai tilikan seorang bo­moh yang mendakwa adik ipar mereka ini disyaki mencuri wang hantaran dan barang kemas seorang anggota kelu­arga yang bakal berkahwin tidak lama lagi. Kejadian yang berlaku di rumah mangsa itu turut disaksikan oleh isteri mangsa tetapi tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

Perasaan menjadi sedih disebabkan masih ada lagi yang pergi kepada bomoh atau tukang tilik untuk memo­hon kepadanya menyelesaikan masalah mereka sedan­gkan telah banyak kali diterangkan kepada masyarakat tentang perkara ini. Dan perasaan marah pula disebab­kan kerana si pelaku ini telah bertindak zalim kepada diri sendiri dengan membelakangkan Akidahnya sema­ta-mata menuruti hawa nafsunya. Bukan kerana mere­ka tidak pernah mendengarnya, dan bukan juga kerana ustaz-ustaz tidak menerangkannya, tetapi kerana mereka bertuhankan nafsu. Tidakkah si pelaku ini tahu bahawa perbuatannya itu ialah syirik kepada Allah Azza wa jalla? sedang syirik itu merupakan kezaliman yang sangat be­sar, Allah SWT juga menyatakan sesungguhnya Dia tidak mengampunkan kepada sesiapa yang mensyirikkannya dengan sesuatu.

Perbuatan Syirik

Ini merupakan kes kedua berturut-turut yang membabitkan orang awam bertindak membelakangi un­dang-undang dengan membelasah orang yang disyaki tanpa usul periksa seperti yang dilaporkan akhbar berke­naan. Membelakangi undang-undang yang disebutkan tidaklah lebih besar daripada membelakangi undang-un­dang Allah clan Rasul-Nya. Membelakangi undang-un­dang Negara akan dihukum denda atau penjara tetapi membelakangi undang-undang Allah akibatnya kerugian di hari kemudian dan buruk tempat kembalinya. Kita mo­hon kepada Allah kesejahteraan.

Mengapakah masyarakat kita masih melakukan perkara ini? Bukan sahaja orang yang tidak berpendidikan tinggi melakukan perkara ini bahkan perbuatan keji ini turut dilakukan oleh mereka yang kononnya berpendidi­kan tinggi termasuklah mereka yang bergelar ahli politik. Sudan tentu jawapan pertamanya jahil terhadap Akidah serta jahil terhadap perkara-perkara yang mengundang terbatalnya ucapan syahadahnya itu.

Kedua, menjadi hamba atau bertuhankan hawa naf­su. Inilah kerja yang dilakukan oleh syaitan laknatullah, dengan mempengaruhi manusia itu melakukan perbua­tan yang mengundang kesyirikan atau maksiat terlebih dahulu dan seterusnya membisikkan kepada manu­sia supaya melakukan permusuhan dan kebencian sesama Islam sehingga kadang-kadang sampai ke tahap ber­bunuh-bunuhan. Allah SWT telah pun memberitahu kita di dalam al-Quran surah al-Maidah ayat 90-91:

"Hai orang-orang yang beriman sesungguhnya me­minum arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, meni­lik nasib (dengan panah) adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu mudah-mudahan kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara sesama kamu lantaran daripada arak dan judi, dan menghalangi kamu dari mengingat ALLAH dan daripa­da melakukan solar, Adakah kamu hendak berhenti dari melakukan perkara-perkara keji itu atau kamu masih berdegil".

Perbuatan berjumpa dengan bomoh atau tukang ti­lik, bertanya dan memohon kepadanya lalu mempercayai apa yang dikatakannya merupakan dosa yang besar kera­na ia suatu bentuk kesyirikan kepada Allah SWT. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

"Sesiapa yang datang kepada bo­moh atau tukang tilik clan membenarkan apa yang diper­katakan olehnya sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan kepada Muhammad s.a.w." (Hadis sahib riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

Antara Kahin dan Arraf

Perkataan "Kahin"bermaksud seseorang yang mem­beritahu apa yang akan berlaku di masa hadapan atau dia mengetahui apa yang berlaku di tempat yang lain sa­ma ada dekat ataupun jauh sedangkan perkara tersebut tidak dapat dilihat. Inilah yang disebut oleh masyarakat kita bomoh, dukun atau pawang. Perkataan `Arraf" pula bermaksud seseorang yang mendakwa dia mengetahui di manakah disorok barang barang yang dicuri atau siapak­ah yang mencurinya dan yang seumpamanya. Maka ini disebut sebagai tukang tilik.

Hadis ini menyatakan sesiapa yang datang kepa­da bomoh atau tukang tilik lalu membenarkannya maka dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan kepada Nabi s.a.w iaitulah al-Quran dan sunnah. Ini disebabkan kerana dia mendakwa dan mengiktiraf bahawa si bomoh atau tukang tilik ini mengetahui perkara yang ghaib yang tidak ada sesiapa pun boleh mengetahuinya melainkan hanya Allah SWT.

Oleh itu sesiapa yang mendakwa si fulan mengetahui perkara ghaib dia telah melakukan perka­ra yang syirik. Perbuatan ini juga akan menyebabkan sol­at si pelakunya ditolak oleh Allah SWT seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini:

Daripada Sofiyyah (isteri Ibnu Umar) daripada se­bahagian isteri isteri Nabi s.a.w. bahawasanya baginda s.a.w. bersabda: Sesiapa yang datang kepada peramal/tu­kang tilik lalu dia bertanya sesuatu kepadanya dan mem­percayainya maka tidak akan diterima solatnya selama 40 malam (Hadis riwayat Muslim)

Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh bomoh atau tukang tilik tentang sesuatu yang ghaib atau meramal perkara-perkara yang akan datang adalah dengan ban­tuan jin dan ditambah dengan pembohongan si bomoh tersebut walaupun kadang-kadang yang ditiliknya itu bet­ul.

Ini berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Ai­syah r.ha, dia berkata:

"Orang-orang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang para dukun atau bomoh, maka baginda menjawab: mereka itu tidak berguna sedikitpun,.

Mereka (para sahabat) berkata: Wahai Rasulullah kadang­kadang mereka berbicara tentang sesuatu dan ternyata benar-benar terjadi.

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: ke­benaran itu ialah suatu yang dicuri oleh satu jin, lalu ia lontarkan pada telinga kekasihnya (di kalangan manusia) dan mereka mencampuradukkan dengan seratus pembo­hongan." (al-Bukhari clan Muslim)

Al-Bukhari juga meriwayatkan daripada Aisyah r.ha. beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesung­guhnya para malaikat turun ke al Anan iaitu awan, lalu mereka saling bercakap-cakap tentang masalah yang diputuskan di langit dan syaitan-syaitan mencuri-curi dengar apa yang diperkatakan, maka syaitan berjaya mendengarnya lalu syaitan menyampaikan kepada pa­ra bomoh atau dukun dan mereka pun menokok tambah dengan seratus pembohongan dari mereka sendiri"

Fikirkan dahulu sesuatu tindakan yang akan dilaku­kan, adakah ia mempunyai kesan terhadap Akidah seb­agai seorang Islam, juga supaya tindakan tersebut tidak akan menyebabkan penyesalan di kemudian hari. Adalah amat menyedihkan hanya dengan pembohongan si bo­moh menyebabkan terjejasnya keharmonian ikatan per­saudaraan Islam. Bertambah sedih sekiranya permusu­han dan kebencian itu melibatkan ikatan kekeluargaan. Kita mohon kepada Allah SWT agar mengampuni kita dan melindungi diri kita dari tipu daya syaitan yang direjam

No comments:

Post a Comment