1
REJAB .
Sabda
Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu
dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda
Nabi s.a.w.:
Bulan
Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan
Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan
dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam
awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
*
Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
*
Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
*
Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang
menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
*
Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada
penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
*
Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa
enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa
tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa
lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa
sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH
SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
KELEBIHAN
BULAN REJAB .
*
Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di
Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
*
Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam
syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
*
Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan
mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
*
Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka
mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata
Saidina Ali:
*
Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
*
Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
*
Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan
bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.
Puasa
sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air
dari Syurga.
Puasa
10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas
Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa
sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa
pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan
Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun
dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
*
Diampunkan dosanya yang lalu.
*
Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
*
Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
DOA
BULAN REJAB.
Orang
yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari
sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan
Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma
jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.
Tiap
sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat
seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih
cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan
Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api
neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang
bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat
dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka
kepada Umat Muhammad.
Allah
menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar)
kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab
di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa
berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah
wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku
dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah
`arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau
terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan
antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa
pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai
dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa
melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab
dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
INDAH
NYA BULAN REJAB .
Siapa
berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga),
seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan
baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar
nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika
terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab
ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan).
Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka
Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang
beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan
beribadat pada malamnya.
Demikianlah
peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN
ALLAH.
REJAB
bulan menabur benih.
SYA'ABAN
bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN
bulan menuai.
REJAB
menyucikan badannya.
SYA'ABAN
menyucikan hatinya.
RAMADHAN
menyucikan rohnya.
REJAB
bulan taubat.
SYA'ABAN
bulan muhibbah.
RAMADHAN
dilimpahi pahala amalan ..