Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan
ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam.
Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan
seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk
Allah yang lain iaitu Jin.
Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi
bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita
akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting
untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari
sama-sama kita mencuba..
Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan
dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.
Langkah 2
Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan
ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.
Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda
batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa
berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk,
pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.
kirima sahabat ku