Friday, March 2, 2012

TAHUKAH ANDA?


Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu untuk mengurangkan berat badan kerana ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengahari. Bagaimanapun, untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga yang mencukupi sebelum tiba waktu makan tengahari, sarapan yang diambil perlulah sihat dan berkhasiat dan bukannya berlemak dan tinggi kolesterolnya.

Hidangan ini bukan sahaja enak malah menyihatkan dan mudah untuk disediakan.

1. Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.

2. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal atau strawberi.

3. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.

4. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.

Jangan lupa, bersenam dan memakan diet yang seimbang berupaya membantu anda kekal sihat dan cergas.
Oleh itu…


 Kak rose