Waktu Subuh
Sebagai contoh,
pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan
dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi
warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang
kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,
lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana
tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku
dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam
erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia
diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada
waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh
tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang
terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zohor
Warna alam
seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna
kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna
pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan
keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya
berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang
sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian warna
alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum
warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan
testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna
oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya
kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh
seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu
Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Magrib
Menjelang waktu
Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan
oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum
warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan
ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan
dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti
dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens
(pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia
waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan
tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk
waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa
Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana
frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang
kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang
berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur
pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada
dalam kerehatan.
Qiamullail
Selepas tengah
malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan
seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal,
pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada
waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
*
* *
* *
Begitulah
secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini
sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor
adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan
sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem
tubuh.
Kita sebagai
umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh
Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam
ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t
mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya
sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.