Ramai yang mengeluh bila perut dah maju ke depan.
Selain senaman perut, berikut adalah tips yang boleh kita
amalkan untuk mengurangkan perut buncit.
Makan perlahan-lahan
Makan perlahan-lahan membantu kita mengawal jumlah
makanan yang masuk ke dalam perut. Ini penting bagi mereka yang hendak
mengurangkan berat badan. Dalam erti kata lain, kurangkan kalori yang anda
ambil. Otak kita mengambil masa 15 hingga 20 minit untuk mengesan isyarat
‘kenyang’. Bagi orang yang makan dengan cepat, mereka akan mengambil banyak
makanan untuk berasa kenyang dan ketika itu, jumlah kalori yang masuk ke dalam
badan mungkin dua kali ganda daripada yang diperlukan.
Minum Banyak Air
Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda
sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan meminum air lebih banyak
lagi. Hal ini akan membantu mencairkan konsentrasi sodium/garam dalam
tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh.
Mengurangkan
Pengambilan Garam
Jangan makan dengan gelojoh, kerana ketika anda menelan
terlalu cepat, udara akan tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat
mengakibatkan perut menjadi kembung. Duduk ketika, makan dan kunyahlah
makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi
bahagian-bahagian kecil yang tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian
menghasilkan banyak gas yang mengakibatkan kekembungan.
Pengambilan Serat
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk
mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan kekembungan,
makanlah buah-buahan yang mengandungi banyak serat seperti nenas, tembikai,
belimbing, epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.
Awasi Ubat-Ubatan
Perut yang mengembung adalah kesan sampingan dari
pengambilan ubat. Aspirin kadang-kadang boleh menyebabkan masalah perut
yang mengakibatkan sembelit dan kekembungan. Pil kontrasepsi juga
boleh menjadi penyebab masalah sembelit dan kekembungan.
Hindari Sembelit
Hindari Sembelit
Apabila anda mengalami sembelit, perut terasa bertambah
besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari
buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi
dan pengeluaran gas yang berlebihan.
Bersenam
Bersenam akan membantu menggerakkan cairan di dalam
perut. Senaman yang disarankan adalah seperti aerobik.
kak shima