Monday, September 19, 2011

TIPS KE ARAH BADAN YANG LEBIH SEGAR & CERGAS


Bekerja sepanjang hari membuatkan tubuh kita sering menjadi kurang bertenaga dan lemah.  Apatah lagi jadual yang padat menyukarkan untuk  anda bersenam. Tanpa rehat  yang mencukupi, badan akan kelihatan tidak bermaya.  Oleh itu amalkan TIPS mudah ini kearah badan yang lebih segar dan Cergas.

Bergerak atau Bersenam
Lakukan gerakan yang intens selama lebih kurang 30 minit dalam sehari. Anda boleh melakukan gerakan apa pun yang bersesuaian dengan diri anda. Misalnya, naikilah tangga ke pejabat berbanding lif yang memerlukan tenaga yang minima.

Amalkan Pengambilan Sayur dan Buah-buahan segar
Makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan segar setiap hari. Anda boleh mengambil sayur dan buah-buahan dengan cara yang berbeza-beza. Misalnya, anda boleh membuat jus. Sayur dan buah-buahan yang segar tidak hanya mencegah kanser, tetapi juga menyihatkan jantung dan memberikan nutrisi yang lebih pada tubuh dan otak.


Banyak Minum Air Putih.
Antara elemen penting yang diperlukan oleh tubuh ialah air putih. Air adalah zat yang paling penting dalam proses metabolisme tubuh. Paling baik jika dapat minum air putih sebanyak 8 gelas setiap hari. Tinggalkan minuman bersoda yang membawa kesan yang buruk terhadap kesihatan paru-paru dan organ tubuh yang lain.


Istirehat Yang Cukup.
Terlalu banyak bersenam atau bergerak, tetapi jika tidak beristirehat juga sukar memberi kesan yang sepatutnya pada tubuh. Bekerja dan bergerak mestilah seimbang. Oleh itu, ingat… rehat itu penting.

Hindari daripada Tekanan
Penyakit mudah menyerang anda jika daya pertahanan tubuh lemah. Salah satu yang menyumbang kepada faktor tubuh yang lemah adalah tekanan yang dihadapi oleh tubuh.  Fikiran yang baik, positif dan selalu terbuka secara langsung mempengaruhi mekanisme kerja tubuh.  Tapi jika anda tertekan, saraf dan otot akan bekerja jauh lebih cepat daripada biasa. Anda akan terus `dipaksa’ untuk memberikan tenaga yang berlebihan.

‘JANGAN BIARKAN SEGALA KERUMITAN HIDUP MENYEBABKAN ANDA LEMAH. TENANG, SANTAI dan HADAPI SEGALA SESUATU DENGAN HATI YANG TERBUKA DAN FIKIRAN YANG POSITIF’

kak Shima